BLOGGER TEMPLATES AND Tagged Layouts »

Friday, November 27, 2009

cuti3x...

menghabiskan masa dengan buang masa...
kawat + balik tg malim + balik KL + balik ipoh = terengganu 15-18 dis
hehehehe adakah aku gila???

Tuesday, November 17, 2009

aku semakin kurang mengerti

dah lama rasanya x post entry kat sini. hrmmmm yelah internet selalu jer buat masalah padahal kita bayar untuk servis dia. lalalala (mcm tak bsyukur plak)
hari tu aku pegi umah kawan aku, dia cakap aku macam dah berubah, tak macam dulu.
entahlah kenapa aku menafikannya. tapi bila aku balik umah, aku ingat balik setiap kata-kata kawan aku tu, dan mungkin ada benarnya yang aku dah berubah. bila aku ingat apa yang telah aku buat sepanjang sem ni, ya memang aku dah berubah. perubahan yang sangat drastik bagi seorang perempuan. cuma aku tak berani nak mengaku. biasa la baling batu sembunyi tangan kan.
kalau bab melukakan hati orang, itu aku tak berani nak komen lebih-lebih. tapi ada seseorang ni, bukan aku benci dengan dia. tapi tak boleh juga aku berbaik dengannya. lebih baik dia anggap aku benci dia daripada nanti suatu masa aku akan betul-betul bencikan dia. kadang-kadang rimas juga lah dengannya. entahlah. janji aku tau apa yang aku buat. orang cakap apa yang aku dah lakukan sekarang, berani buat la...pandai-pandailah mau hidup.

Sunday, November 8, 2009

ku ke terengganu

adehhh..tak tau amcm la nak jelaskan dengan stanley nanti. mesti dia merajuk ku tak ikut program baktisiswa dia tu...hihihihi bkn xnak ikut, tapi aku ada agenda yang lebih penting lagi.
awal bulan 12 nanti aku nak g terengganu. ada program sana. kebetulan hari yang sama dengan program stanley, jadi aku pilih pegi terengganu. lepas habis exam nanti, dalam 19 atau 20 november, aku pegi ipoh. hahahaha adehhh...

Sunday, November 1, 2009

keliru dengan jalan yang ada

setiap orang mempunyai hala tuju dan pendirian masing-masing. begitu juga aku, tidak terkecuali.
kadangkala, hal lepas yang telah berlaku padaku masih jelas terbayang dalam ingatan, walaupun dalam hati ku sudah kutanamkan tekad agar tidak memandang ke belakang semula. mungkin benar, manusia hidup berpaksikan kepada masa silam, tanpa masa silam, ianya tidak akan mengajar kita erti kedewasaan sebenar.
namun, semakin hari jalan yang ku lalui semakin banyak likunya. aku semakin keliru dan tidak tahu apa yang aku lakukan. kadang-kadang, sesuatu perkara tu aku ingin lakukannya seperti begini, tapi akhirnya ia jadi begitu.
aku tanamkan tekad, mulai hari ini sungguhpun aku dibelenggu oleh masa lama, aku tak akan sama sekali mengaku kalah. biarlah ianya datang menghampiri, aku terlupa seketika kewajipan aku terhadap keluarga terutama sekali ayahku. aku mohon seribu keampunan sebab kelalaian aku... lepas ni aku akan bangkit semula walaupun dalam keadaan yang payah. biarlah beribu orang datang untuk menguji ku..tetap ku jadikan itu sebagai kekuatan bagiku. amen.

Wednesday, October 28, 2009

no more tears..

kaki ku yang terbenam di lumpur, telah ku tarik keluar. aku terus melangkah maju ke hadapan tanpa menoleh ke belakang lagi. untuk apa aku mengingati benda yang tidak mendatangkan faedah, sebab lebih baik bagi aku untuk menghargai apa yang ada dalam genggaman aku sekarang berbanding mengharapkan benda yang belum pasti kita dapat?? biarpun orang akan cakap, "mengapa itu yang menjadi pilihanmu?" biarlah orang bicara apa pun, aku tetap akan teruskan perjalanan ini untuk menuju ke hadapan.
jikalau dulu aku takut untuk berada di depan berseorangan, kini aku menjadi lebih berani kerana pengalaman telah mematangkan aku. jadi apa salahnya jika aku cuba untuk berdiri sendiri??

Tuesday, October 27, 2009

ku kan kembali menjemputmu..

TERINGAT SELALU WAJAH KEKASIHKU

SAAT KU MENUAI LAGU

COBA ENGKAU DENGARKAN

KU TUAIKAN NADA LIRIK LAGU SEDERHANA

KU CERITAKAN KISAH TENTANG KITA

PELUKLAH TUBUHKU BILA ENGKAU RAPUH

SAAT KAU MULAI JATUH

AKU DATANG MENYELAMATKAN MU

INI SURGA KITA TIADA YANG MENGUASAINYA

TEMPAT KITA BERSANDAR DAN BERTAKHTA

TENANG SAYANG KU PASTI AKAN DATANG

YAKINLAH AKU MENJEMPUTMU

JANGAN MENANGIS HAPUS AIR MATAMU

YAKIN LAH AKU TETAP MILIKMU

TENANG SAYANG KU TEPATI JANJIKU

KERNA KAU WANITA TERHEBAT

PELUK TUBUHKU MATILAH DI PELUKANKU

BIAR SELURUH JELATA TAU

SAYANG KU SAMBUT ENGKAU DATANG

KU YAKIN ENGKAU MENJEMPUTKU

KAU MILIKKU

lagu ni sangat sedih!!diberinya aku harapan seperti lagu ini, jadi aku akan tetap seperti yang dia inginkan.

Monday, October 26, 2009

aku tetap aku

kita nk cakap apa yer...huhuhu sekarang ni minggu study week. tapi masih xde mood nak blajar.
semalam pun sempat lagi g tgk MU vs Liverpool main. hahaha paper aku habis 18 november. pastu aku xtau ke mana hala tuju aku ni. nak balik sabah..memang x balik pon. sem ni aku ader 6 paper nsib baik wacana xda exam.. yang paling aku takut paper pengurusan stress. dah la xtau pape pon sal subjek tu. xpe la nanti aku akan cuba buat yang termampu. sedih td aku bercakap dengan bapa kat tlepon. nasib baik bapa ingatkan suruh blajar. kesian bapaku dah tua bah.
crita ni mcm ni. aku xtau la mcm mna nak ckap. kadang2 aku rasa aku ni adalah pihak ketiga. ada la sorg mamat nie...aku x suruh pon dier minat gila kat aku..sampai awek dia cari aku. gila apa... aku bkn perampas. jadi aku ckp baik2 kat akak tu...yang aku xde pape ngn pakwe dia. huhu nsib baik dia percaya. kiranya masalah tu dah settle. pastu dtg lagi 1 masalah ni.
org kat kg aku gak...skrg keja kat kuantan (polis). aku x knal pon...sbb mmg aku xkan lah.
mula2 knal kat alam maya jerrrr...pastu ntah la amcm dia dpt num aku. aku anggap kwn jer... atau lebih tepat ag sebagai kawan. aku anggap biasa je..slalu dia call, msj tp aku anggap semua tu biasa je. kira normal la. tapi minggu lepas dia balik sabah. ntah la dtg gila sawan dier kot. dia call aku mlm2 buta semalam. cakap kecewa dgn aku. dah lah semalam aku mmg xde mood..dia ckp lagi mcm tu aku mmg tambah bengang. dia ckap dia nak ngan aku. uwaaaaaa....aku masih xde mood nak memiliki atau dimiliki sesiapa sekarang..biarlah aku jadi burung yang bebas sekarang. aku xnak terikat dengan sapa2....aku tetap nak jadi diri aku sendiri.
aku memang ader kawan rapat..yang sangat rapat sekarang tp belum mencapai tahap "special" lagi. sebab dia memang kawan yang sangat baik. dari aku gembira, jatuh dan bangun semula dia yang banyak memberikan sokongan buatku. xde yang menarik pasal dia cuma dia bijak untuk buat aku gembira. aku perlukan insan@teman seperti dia sekarang. tapi dia dah sem 7.. sem depan dia dah xde....nasib baik dia praktikal dekat je. aku suka dia ada di sisi aku. maksud aku sebagai kawan lah. tapi kesian plak...dia slalu jd tempat aku lepaskan geram tapi dia x pernah mengeluh...tapi xkan lah aku kena jadi jahat sngt smpai selalu aku nak marah dia sedangkan dia lah yang banyak membantu aku. kalau pun aku ni memang tidak boleh terima dia sebagai seseorang yang special bagi aku...cukuplah aku menghargai dia sebagai kawan yang sangat baik. susah nak cari orang macam dia.


ku membenarkan jiwaku untuk mencintaimu
ku persembahkan hidupku untuk bersama kamu
dan diriku untuk kamu
belum pernah ku merasa begitu
semua itu telah berlalu harapanmu palsu
dan mungkin hari yang satu terusku tertunggu
di hati ku masih kamu
belum pernah ku ingin terus menunggu
aku lemah tanpa kamu
ku inginmu dampingi ku
aku fahami aku bukan terbaik tuk dirimu
sampai surga ku menunggumu
sampai surga kucinta mu
hanya satu
hanya kamu

ku membiarkan hatiku tuk merindui mu
ku menghamparkan sakitku tuk tatapan kamu
bersamamu harapanku
hilang dalam terang yang membutakan mu
dan segala yang ku ada ku berikan semua
untuk diri mu saja
ku mahu dirimu bahagia tuk selamanya
biar smpai surga
aku menunggu cinta darimu
agar ku sempurna

namun aku tetap aku
yang terbaik tuk dirimu
hanya satu

Friday, October 23, 2009

hati : jadi ais atau jadi batu??

setiap orang mempunyai kelemahan masing-masing. pelik kan bila ada orang yang tak akan mengaku kelemahan diri sendiri sebaliknya menyalahkan orang lain yang tidak bersalah.
pengalaman mengajar kita semua untuk menjadi tabah..dalam masa yang sama ianya juga akan menyebabkan kita menjadi cekal tapi bukan tabah. pengalaman mengajar kita menjadi kuat tetapi dalam masa yang sama kita akan merasai setiap kesakitan yang ada.
apabila berhadapan dengan semua ni, adakah hati kita akan jadi seperti ais yang mudah cair apabila terkena haba panas ataupun jadi batu yang akan mengambil masa yang lama untuk dibentuk????? aku tak nak jadi ais...tak nak juga jadi batu.

Sunday, October 18, 2009

menghadapi hari2 yang...

semalam baru balik dari camping JPA di Teluk Senangin. tempat tu memang best sangat.
masuk hutan, berenang di laut..rasa nak balik ke sana lagi...tapi bukan untuk camping.
penat sangat lepas balik dari sana. aktiviti sangat padat. masuk hutan punya pasal, kaki aku sangat sakit. bukan aku sorang je tapi kawan-kawan aku pun sakit kaki gak. kawan-kawan yang lain kena gigit pacat, tapi aku tak. hehehe aku geli dengan binatang satu tu. kalau aku kena, confirm satu hutan tu dengar aku menjerit. hahaha

entahlah. aku masih terasa kekosongan. benda yang ada di tangan aku hilang macam tu je. walaupun ada kawan yang hulurkan tangan untuk menghiburkan aku, tetap tak boleh mengisi apa yang telah hilang. bukan aku tak hargai mereka, cuma aku belum bersedia, aku tak mampu untuk menghadapi semua ni secara tiba-tiba. semua berlaku dengan pantas sekali. tanpa panduan tiba-tiba kena menghadapi keadaan yang sangat sukar bagi aku. aku dah cuba untuk melepaskan tapi ianya masih ada dekat dalam hatiku. bukan beban cuma aku pun tak tau nak cakap macam mana. sebab itulah manusia diberi satu anugerah yang sangat indah. ya..perasaan itu kan satu anugerah dari Tuhan. aku belum menemui kekuatan untuk menghadapi semua ni.
hari ni aku boleh berjanji yang aku akan kuat tapi selama mana yang aku mampu, itu adalah sesuatu di luar kawalan aku. setiap masa aku rindukan dia..perlukan dia. apa yang perlu aku buat?? menjadi seseorang yang bukan diri aku..bukanlah cara aku. entahlah....

bukan diriku.....

Thursday, October 15, 2009

last day..

semakin sibuk aku membilang hari, membilang waktu...setiap minit dan saat untuk mencari ketenangan sampai masa untuk aku pergi jua. tapi belum lagi ku temuinya.
sampai bila ku harus macam ni..??? minta maaf kawan..tp aku memang tak boleh.
korang semua pun ada masalah masing2..aku pun xnak juga susahkan kawan2 aku..
biarlah aku sendiri jak...
jikalau orang xsuka x apa...biarlah aku mengundur diri mungkin kau rasa ku tak sepadan dengan diriku..ku sedar dri ini aku hanyalah insan biasa tapi aku ada harga diri walaupun terguris hati ini hingga menitis air mata namun semuanya tak bererti bagimu waktu orang suka semuanya indah waktu dah tak suka...sukarnya untuk aku!!! ku harus menemui cintaku mencari tau hubungan kita...sampai bila kau gantung cerita cintaku yang membuatku sakit
bukan niat aku mau jiwang2...tapi kali ni aku memang tak boleh..semangatku yang dulu dah hilang dibawa oleh angin. sudah jadi pasir dan susah nak dicantum semula. bila dah hujan..pasir tu akan dibawa ke laut..dan satu masa akan jadi sangat sukar untuk ku temuinya semula.

Monday, October 12, 2009

ntah la...kosong

apakah perasaan anda anda apabila perasaan anda memainkan perasaan anda???
jiwa rasa sangat kosong sekarang. nak buat apa pun xde rasa.
tanpa ku sedar dah 3 hari ku mcm ni. sampai bila aku kn macam ni..
aku sendiri pun tidak mempunyai jawapan yang pasti. sebab kali ni..
aku memang sangat lemah. tidak boleh nak salahkan sesiapa dalam hal ni..
argggghhhhhhhhh aku nak buat apa ni.!!!
duhai kekasihku sunggu ku tak bisa tanggung keperitan kalbu ini
seandainya aku mampu mengundurkan waktu ingin sekali ku kembalikan detik itu...
sekiranya cinta masih ada seandainya rindu masih setia
izinkanlah ku kembali menghias hidupmu...
biarkan rembulan menyaksikannya biarkan hujan membasuh dosa
......ntah lupa lagi...
hanya tuhan bisa mengerti penyesalan diriku...

~to be continued...~

Saturday, October 10, 2009

ku menangis lagi

entah kali ni di mana silapnya, uang ku pasti kali ni bukan ku yang salah.
aku sangat yakin dengan hal tu. kenapa dia buat ku menangis lagi. dah 2 hari semua yang aku buat seolah-olah tiada erti bagi diriku..apatah lagi dia.
aku tidak menyalahkan sesiapa..mungkin dah nasib ku kali ni menangis lagi.
wahai hatiku..kuatkan lah aku. kali ni ku rasa betul2 terjatuh. kalaulah dia faham aku...tidak mengapa. ku masih ada kawan2 yang sayangkan aku. cuma bila hati ini..
tak boleh nak tipu diri sendiri. sakit hati ni, ku yang tahan sorang diri.
orang akan nampak aku sangat kuat..tapi ku bukanlah sesiapa yang mampu tanggung sorang diri semua ni.

Sunday, October 4, 2009

blurrrr..xtau nk wat apa

mlm ni ramai kwn2 yg o9. sbb masing2 nak add subjek sem depan.
aku plak ntah la. nak daftar kursus tp xtau ag. mcm dh mls nak blajar. hilang semangat ku mo blajar. pendek kata..perasaan untuk mnjadi seorg yg aktif tu dah hilang ntah dibawa oleh angin ke mana. assignment pun bnyk ag. tak pernah nak siap2 ag ni.
aku blurr juga. sama ada nak terus stay kat kolej sem depan atau tinggal luar. penat sangat berfikir ari ni. uwaaaaaaaaa rasa mo teriak jak. skit lagi lutut ni. petang td pegi mandi sungai ngan member sem 7. best giler mandi. tp tu la. banyak sangat luka kat kaki ni.
ntah la. apa perasaan aku sekarang ni. mcm2 ada. tp ni bukan iklan astro ye...hahaha
nak mohon kolej ke x nie??? nak balik ke sabah hjg sem ni???

Saturday, September 26, 2009

last day

adoiiii cuti ni memang sngat mnghuiburkan ati..
lalalalalaa

Wednesday, September 23, 2009

cuti raya

rasanya lama betul aku tidak post entry..huhuu
kesibukan bercuti membuatkan aku terlupa sebentar blog aku ni..
cuti raya aku kli ni aku habiskan dengan duduk d rumah, masak, makan.
last2 skrg ni bada aku dah naik skit..hehehe x mngapa..sbb bf aku lagi lah naik.
perut dia boroi..hahaha tp suka sangat tgk perut dia mcm tu. asyik dia marah aku je kalu aku gelakkan perut kesayangannya tu. duduk kat umah kwn kat tmn u ni..aku dh ble bt kesimpulan.
msalah prtama aku akn hadapi : makan..bila tinggal luar aku akan makan apa saja sehingga membuatkan berat badan ku bertambah..
masalah kedua : sosial..drpd apa yg aku tgk..klo lemah iman skit, aku percya aku mgkn jd mcm dulu, sosial,sosial n sosial. sbb xde org nk mrh aku kluar. tp nasib baik kwn aku memahami..aku kuar pon dgn bf aku je. dia jaga aku. serius!! he will take k of me.
masalah ketiga : org amik kesempatan..bab memasak mmg aku lemah..sangat lemah. org akan bg aku gred G bla memasak. tp bila bab kemas umah, basuh pinggan, bersihkan kwasn umah... aku mmg dpt gred A+....sbb aku rajin bt sume tu. atau lebih tepat lg..suka bt2 keja yg tu la. memasak ni kdg2 je ikut mood aku la.klo aku rasa nk mkn masakan aku..aku masak la. kalu x.. tggu la smpai bulan jatuh d riba..hehehe
masalah keempat: belom fkir lg...
hahahaha

Sunday, September 13, 2009

falsafah cinta

semoga apa yang diperkatakan di sini...harap dijadikan sebagai panduan.

CINTA bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekeuatan. CINTA bukan mengajar untuk menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan.CINTA bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat

CINTA itu adalah jiwa, di antara cinta yang sejati dengan jiwa tak dapat dipisahkan, CINTA pun merdeka sebagaimana jiwa. ia tidak membezakan di antara darjat dan bangsa, di antara kaya dan miskin, mulia dan papa.

CINTA bukan melemahkan hati,bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sali sedan tetapi cinta menghidupkan pengharapan, menguatkan hati dalam perjuangan, menempuh onak dan duri penghidupan.

CINTA ialah air tinta kehidupan, benci ialah racun yang membawa maut. jika kehidupan menyelinap masuk ke dalam pohon kehidupan, tumbanglah pohon itu.

CINTA itu suci, cinta itu buta, cinta itu adalah kepunyaan Tuhan. yang tidak suci dan buta adalah orang yang salah mempergunakannya.
CINTA pertama adalah langkah bermula dari kehidupan.

EMPAT perkara yang menimbulkan CINTA, muka jernih, ringan tangan, mencari persesuaian sesama sendiri, sama yang di mulut dengan yang di hati

gambar PWTC



sesak betul stage kan??



ni la gambar saya ngan senior sekolah lama saya..



gambar sembarang jak..



bnyak org ckp gambar ni comel...hahahaa



kepenatan sangat ni smpai duduk ctu



ni la fiza..1 sekolah dulu tym skul menengah




ni pula andy..bru jugak saya kenal. tp orgnya gila2..
hahahaa


apa ku rasa...oren???

oren????? moody betul saya hari nil.
pantang orang buat salah skit...saya akan naik angin 1 badan.
ksian la orang2 yang kena marah tu...
hahahaha

Saturday, September 12, 2009

nilai sebuah kepercayaan

pelikkan tajuk ni. entahlah macam mana saya mau terangkan. semakin hari, saya semakin susah mo percayakan orang. takut orang ambil kesempatan, takut orang mengharapkan balasan. memanglah kalu terlalu buruk sangka tu tidak baik, tapi kita harus juga berjaga-jaga. that is not my main point. hahaha semalam saya pergi rumah kawan di taman U. saja-saja lah. mula-mula pegi makan je kat garden deli. lepas tu, ikut la pegi rumah kawan-kawan dia. semua budak borneo. lepas tu terjadi lah peristiwa yang buat saya terfikir di manakan nilai kepercayaan itu.. wahhh ayat saya ni bah. bukan lah dia buat sesuatu yang tidak baik. masa saya sibuk tolong cuci pinggan, 'dia' sibuk bersms. ntahlah ngan sepa. lepas tu siap jak cuci pinggan, hilang plak dia d luar. kali ni sedang bertelefon plak. terasa hati juga sebab ngan saya, 5 minit pun cukup lama bagi dia mau call.huhuhu mula-mula tu ndak saya kisah. tapi tiba2 dia tersalah hantar mesej ngan saya. sebenarnya mesej tu utk ex dia. berebut kami telefon saya tu, dia xmau saya baca mesej tu. bila dah baca, saya dapt teka semua. jadi saya minta telefon dia. saya tak tengok ngan sapa dia mesej..tapi saya tengok bahagian call. nampak la nama 'farah'. saya tidak tau pun sepa nama ex dia..tapi saya juz agak2 jak. saya diam n senyum jak. dalam hati memang mau menangis sudah. saya tanya dia, sepa call dia tadi. dia cakap sepupu. lepas tu saya paksa dia cakap..saya bagitau dia, saya mau dia cakap jujur. last2 dia cakap.. farah tu memang ex dia. rasa macam ada batu jak ni. dia berusaha jugak pujuk dari semalam. tapi saya ni jenis yang susah mau mempercayai sekarang. perlukan aku percaya dengan dia??? persoalan saya di sini, knapa dia masih mau bhubung dengan ex dia sedangkan orang tu lah yang buat dia jatuh dulu. kalu anda di tempat saya...apa yang kamu buat?? sedihhhhh.....

Thursday, September 10, 2009

program berbuka posa

penat sungguh rasanya semalam. majlis berbuka posa bsama ketua menteri sabah kat PWTC smlm. balik dah dekat jam 2 pagi...pastu trus tido sebab kepenatan. hehehe
aduhai..mcm artis plak smlm bnyk betul gambar yg saya amik. hehehe tak sangka plak terjumpa ngan kawan senior dulu 1 sekolah la. asal tym solat jak..kami amik kesempatan amik gambar. plajar Sabah dr UPSI paling bnyk hantar student. time bgambar kat pentas bersama ketua menteri pun..stage jd sangat sesak. dah la student sabah dr UPSI ni (yg pg majlis tu la), becok2 semuanya. hahaha terutamanya geng meja num 97,96,95 dan 94.
malu jugak la sbb duduk dalam kumpulan ni, sebab kuat makan. bayangkan ada sorg tu pegi angkat 1 talam buah letak kat atas meja d0rg. pekerja yg kebetulan bertugas kat sana pun x ble nak kata pape lagi. nasib baik d0rg bg hbis buah tu kalu x, tak taulah.
meja ktorg xde makanan sbb kmi ni (sy ngn nurhafizah la) dah kenyang sangat makan nasi. tp c RON tu pandai2 jak. mula2 dia hantar buah langsat, lepas tu pisang, lepas tu bubur, lepas tu kek hantar teh tarik lagi n finally dulang buah td...dia kasi round d meja kami. maksudnya, c RON ni paksa sy ngan fiza makan. dia mmg jahat. hehehe kilik-kilik suma org d meja dekat2 kami tu..hahahaha next entry saya akan masukn gambar terpilih sy kat PWTC...hehehe
juz wait r....

Wednesday, September 9, 2009

asas nyanyian

Nyanyian merujuk kepada aktiviti membunyikan suara dalam bentuk tertentu yang bertujuan menghasilkan nada dan melodi yang disenangi. Ia merupakan salah satu aktiviti manusia yang bertujuan untuk mengembirakan hati. Nyanyian boleh dilakukan dengan bantuan alat muzik atau hanya dengan secara bertepuk tangan dan sebagainya. Nyanyian memerlukan daya kreativiti manusia dan dianggap sebagai salah satu cabang seni. Mereka yang menyanyi digelar penyanyi.
postur adalah kedudukan badan semasa menjalankan sesuatu aktiviti muzik, contohnya menyanyi, bermain rekoder atau bermain piano. Tidak kira sama ada secara duduk atau berdiri, kedudukan postur tubuh hendaklah betul semasa menyanyi. ini membolehkan pengaliran udara masuk dan keluar berlaku dengan selesa. postur yang baik juga membolehkan seseorang kelihatan segak, kemas dan nampak bersedia serta mengelakkan cepat letih semasa menyanyi.

pening ke baca???hehehehe ni adalah sedikit 'sedutan' assignment aku untuk kelas muzik. kena hurai plak tu. uishhh "TONG HUA" lagu tu aku ada suruh kawan mainkan tadi. guna piano je. sedap sangat lagu tu..dah lewat ni. nak tido la. jumpa lagi kemudian.

TONG HUA...

I DEDICATE THIS SONG TO ALL OF YOU..HOPEFULLY U ENJOY IT. I LIKE THIS SONG VERY MUCH..


Tuesday, September 8, 2009

t0day..

hrmmm..aku memulakan ari ni ngan baik skali.
bangun awal, bt asgmnt skit...pastu dtg awal g klas. hehehe
penat skit la ari ni. dah lah kena hujan td. blik ni badan trus panas.
skit je kna hujan tu. melampau sngt antibodi ni.
tadi ader 3 klas..tp jadi 2 klas je. sbb klas jam 2 dibatalkan.
terlanjur dtg g auditorium, join la gak pr0gram plajar peng.malaysia
ikut seminar integrasi nasional.. pelbagai infomasi aku dpt especially perpaduan ngara dan integrasi nasional. professor dr.abdul aziz bari yg telah menyampaikan seminar pd sesi kedua yg bmula jam 2 lebih. beliau merupakan tenaga pengajar undang2 di UIAM, Gombak.
lepas tu ader plak seminar sal 1 malaysia melalui perspektif pelajar (mahasiswa/i) yg disampaikan oleh s/u agung MPP UMT. ntah dah lupa nama. tp orgnya mmg baik..hehehe
pastu masuk klas muzik jam 5. jahat sangat kwn2..suruh nyanyi kat depan.nasib baik ila ada.
thank you nurdalila...pnyelamat!!!! pastu blajar plak sal klef treble/klef G ntah la...
tak paham sngt td. tp blajar baluk yg mudah difahami. bila masuk bab2 not2 ni...
aku mula pening...hahahahakena wat revision ni.
balik plak kena hujan..smpai bilik je terus pengsan. bangun dekat jam 10. hahaha
esok klas padat gak...4 klas!!! mls tol ngan kls ganti ni tau..
semoga atiku dikuatkan terus untuk menghadapi semua ni..
kuatkan juga atiku untuk terus bahagia ngan dia..n dia bahagia ngan aku.


miss u...


ni la geng kod tangan aku..nasib baik assignment tu dah siap kan fren...






nnti dah siap video lakonan "kami budak2 bengang"
aku upload la..hahahaha





Monday, September 7, 2009

teruskanlah...



pernahkah kau bicara
tapi tak didengar
tak dianggap...sama sekali
pernahkan kau tak salah
tapi disalahkan
tak diberi..kesempatan

c/o: ku hidup dengan siapa
ku tak tahu kau siapa
kau kekasihku tapi orang lain bagiku
kau dengan dirimu saja
kau dengan duniamu saja
teruskanlah teruskanlah
kau begitu...

kau tak butuh diriku
aku patung bagimu
cinta bukan..kebutuhanmu

i dedicated this song to everyone..
hopefully you like it..

Sunday, September 6, 2009

kegembiraan

jangan kita mudah lupa bila kita sentiasa diulit kebahagiaan!!!!
di snin..ku ingin berkongsi kegembiraan aku ngn korg suma..huhuhu
memang aku bahagia sekarang, ada org yg syg aku..amik berat sal aku, semuanya ttg aku.
nasib baik dia terima segala kebaikan dan kelemahan aku.
sekarang dlm proses untuk membuka lembaran baru. mulakan segalanya dari kosong.
semoga perhubungan ini akan kekal sampai bila2. xkan nak tgk muka dia kot???
wakakak xperlu la. biarlah aku rahsiakan org tu sapa. dia pun nak juga privacy.
lgpon dia xtau aku ader blog. mana la tau dia tak suka kan.
walau apa pun ..dia ni mmg mengambil berat ngn aku. kdg2 dia ni manja sangat ngan aku.
tak terlayan juga kenakalan + manja dia ni..tp nasib baik dua2 memahami.
doakan la agar perhubungan ini...sampai bila2.
plz God help us..sy dah mula menyayangi seseorg bergelar lelaki. micheal3x....
thanks cyg..xde lagi nama2 org dulu. sy dah padam semua. yang ader skrg ni juz micheal!!
apa pun jangan leka sangat dgn praaan ini..sbb bila amsa anda sedang bergembira..akan ada insan lain yang akan terluka. tp mcm yg diperkatakan pada entry lepas..kita kena lepaskan barangan kedua terbaik untuk mendapatkan yang terbaik.


habis uda crita ku skrg...

Saturday, September 5, 2009

keLetiHaN..

lagi seminggu aku akan merasa letih dgn assignment ku yg blambak lg.
nasib baik ada 'kwn' sbg penyokong.. huhuhu thanks my sweetheart...
minta2 la aku dpt selesaikan suma assgmnt aku minggu ni. huhuhu nak bt sehabis baik.
bila dh tak cukup tido ni...jerawat mula tumbuh...ish2 smlm 1 je..skrg dah ader kat pipi plak.
uwaaaa nnti tak comel ag tu. esok2 ntah kat mna plak dia nk tumbuh..
nnti minggu ke 13 aku ader pameran ag..hjg minggu ke 12 aku ader projek luar plak kat teluk senangin..hjg mggu ke 11 plak ader KUPREX..bila aku fkir suma tu..aku jd lemah..
bila masa aku nk enjoy...hehehe nakal sungguh fikiran ni. KAMPUNG??
aku sedey bila ckp sal kg ni..kmungkinn bsar hjg sem ni x balik kg. rindu sngt2 nak jumpa ngan anak2 buah yg makin comel. oh maxwelll oh bethany belle..miss u so much...



dis is maxwell and his beloved sister, bethany belle....

Thursday, September 3, 2009

tHis is d' aNswEr..

hrmmm..mcm serius jak bunyi tajuknya ni.
tp mmg serius pon. ari ni aku telah buat keputusan paling berat dlm hidup aku.
mcm teori ekonomi..untuk mendapatkan barangan terbaik..kita kena lepaskan barangan kedua terbaik..hehehe tp lain bg sy.
sy ingin dpatkan brg tbaik bg sy..jd sy telah lepaskan brg kedua n ketiga terbaik bg sy.. sy dah fikir ari ni..untuk dptkan sesuatu sy kena korbankan yg lain. atau dlm erti kata lain..kita kena la byr harga yg setimpal untuk dptkan sesuatu yg lain. sy dah byr dan skrg sy sangat senang hati.
skrg ni hati aku dh lega sngat2. akhirnya aku belajar untuk berterus terang...
sekarang ni..sume dh jelas n aku xkan tgk belakang lg. aku akan terus maju ke depan. lari bersama2 ngan partner aku...huhuhu
chaiyo3x shila...assgmnt kena buat cepat....thanks to lord.

Wednesday, September 2, 2009

hAri yAng paLinG memb0sAnkAn..

terduduk jak aku d meja aku ni, rasa malas plak maw wat assignment.
pdahal aku ada 5 lg assignmnt yg kena siapkan smpai mggu depan. rasa mcm mau nangis jak aku mbuat assgnmt sem ni. mau gila aku ni...
perkembangan pelajar..pengurusan stress..analisis kesalahan n huraian pelajaran utk karangan stpm..aik..ada 4 lg??
waaaaaa bestnya aku rasa...mggu depan mesti aku c siap. cis aku tlupa letak assignment kod tangan individu lg bah plak...jd mmg genap 5 la...uwaaaaaaaaaaa
sepa ble tlg aku wat suma ni...napa la 2 sem ni aku jd tukang edit jak keja...

Tuesday, September 1, 2009

ayAm g0rEng..

dah lama tak menulis. pdhal baru bberapa hari yang lalu. mungkin disebabkan kesibukan untuk menyiapkan assgment yang sangat banyk bg aku. ntah la. aku rasa amat bahagia..bkn bahagia tp gembira adalah perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan perasaaan ku sekarang.mungkin saya telah menemui seseorang yang boleh membuatkan saya berasa gembira semula. ntah la..saya pun sukar untuk menggambarkan dia ni org yang macam mana, tp dia ni sngt baik. suka sangat ngan ayam goreng. teringat plak ayat dia.."klo xble nak mkn ayam, sy cri kat luar,sbb bg sy tanpa ayam hidup sy serba tak kena..tp tanpa kmu sy lg xkena"..hehehe ayat tu lucu.
kalau btul kali ni sy mmg bniat nak berubah ble kan?? sy tak nak lg dilabel sbg org yg xtau jaga ati org lain.."ayam goreng kata dia xnak lepaskan saya"....aku sibuk2 bt assgmnt pun..aku ttp gembira. walopun dr jauh dia support aku,dia xlupkan aku. (mgkn kot..mna aku nak tau..aku ckp je)..
kalau org lain ble btahan..napa sy tak ble.??? ayam goreng ku..aku ttp akan btahan smpai akhir. sma mcm kmu yang akan brtahan smpai akhirnya. kita akan lari 100 meter bsama2..nnti akan jumpa kat penghujung garisan juga. thanks mich.....

Saturday, August 29, 2009

cinTa

1 ungkapan yang belum pasti akan keindahannya..kerana disebalik percintaan itu,tersirat seribu kepahitan.pastinya merentap kedamaian jiwa seorang pencinta setia tatkala ikatan diundang kekecewaan..namun ia tetap betah menjemput setiap jiwa yang punya hati dan perasaan..hakikat yang tersimpan disebalik anugerah ini tidak terungkap dengan bicara di bibir,tak tergambarnya dengan lakonan.begitu syahdunya kurniaan illahi,lahirnya dari hati seorang insan,berakal,beremosi,penyayang dan berperasaan...

Thursday, August 27, 2009

sederhanalah kita dalam semua hal

napa plak aku ckp mcm ni??? masing2 kt dah tau..
dlm sume hal kt kena bsederhana. org ckp x baik membazir kan???
rasa mcm kena hempap batu plak kpala ni..
org yg paling aku rapat slama ni..aku khilangan dia dlm sekelip mata je.
kerana mulut badan binasa...aku sedih. tp aku tak ble nak tahan lg.
aku sygkan dia..tp napa dia x pernah faham aku????
tp dia plak tuduh aku bkn2.. sapa x sedih.
"tuhan sengaja menduga kita"..teringat lak lagu tu yg aku xtau tajuknya..
sedihhhhhh!!!!!!!!!!!!!1

Wednesday, August 26, 2009

apEda...

huhu napa le kat cni antibodi aku sangat lemah.
kena hujan sket jak, mesti trus demam...
melemahkan semangat aku btul nak buat assgmnt.
dahlah skrg ni minggu 'perang'.
ader kakak kat cni pon mcm xde kakak je.
ye la msg2 kena jaga diri sendiri. dah besar kan.
kalu kat kmpung, ader gak org yang tgk2 kan aku kalu aku demam.
xpa la. aku kena kuat, jgn ikutkan sangat perasaan sakit aku tu.
nanti tambah la aku skit kalu fikir sangat.
mls la nk tulis panjang2. nnti xde idea nak bt assemen..
hahaha chaiyo3x!!!!!

Tuesday, August 25, 2009

??? org blurrr...

aku sangat penat n mengantuk...
tp knapa sy xble nak tido...
kul 8 kang ader klas plak...
uwaaaaaaaaaaaaaa....
cnfirm sy tido dlm klas...

uwaaaaaaaaaaa

XDE PAPE...AKU CUMA NAK BGTAU, YG AKU SNGAT PENAT ARI NI..
X LARAT LA, NAK TIDO TP MASI ADER KEJA.....SEDEYYYYYY11111!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

pEniPu..

aku rasa mcm nak menulis je...yg lbh tepat, berkarya ^_^

engkau!!!
wanita bertopeng..
kau berselindung di sebalik spek mata hitam mu!!!!
ko sembunyikan bola mata kau..
yg sudah jadi biru!!!
kau tak mau mengaku..
senyumanmu...hanya palsu!!
bila kau sudah letih,
kau masih kata iya...
bukalah spek itu..
tunjukkan semuanya,
kebenaran
terhadap penipuan yg kau lakukan!!!


hehehe xde org phm kata2 ni...huhuhu

Sunday, August 23, 2009

kisah dugong





ni muka aku ngan nurul...hehehe yg mna comel??






ni owner tpt tu..mr.andy...





me, mr.andy n sam..




ni DUGONG sdng tido ni..hahaha
tu jak la yg aku nak kongsikan ngn korg..gambar2 ni mmg comel bg aku la...hehehe
ader lg org lain tp gambar d0rg xde dlm simpanan..hehehe

kAwAn..

hrmmm..ari ni x menulis lg. tiba2 rasa nak menulis plak.
apa pndapt korg ttg KAWAN???
entah la. bg aku, kwn mmg penting. tp bagaimana pula ngan kwn yg kwn mkn kwn??
apa ciri2 kwn yg baik pada pndngan kt??layak kah kita menegur kwn sedangkan kita sendiri pun blum tentu betul?? bagaimana kita hendak menangani kwn yg ada mslah???
mksudnya disini, jika kwn anda tu buat sesuatu yg salah, dan kita mmg tak berkenan sngt ngan sikapnya tu, apa yg harus kita buat??? mmg betul bkn semua org sempurna tp semua org ble menjadi baik. disini ingin saya kongsikan ngan pengalaman seorg kwn. masa mula2 dulu mmg semua nya indah. tp makin hari bila dah lama kenal ngan dia...kt makin tak senang ngn dia. bila sikap dia seolah2 mempergunakan org lain. keadaan ini mmg sukar bg kita terima apatah lg bila kt tak mampu lg bertahan dengan sikapnya tu. adakah melarikan diri drpd mereka 1 jln yg btul?? keadaan ini berlaku apabila kt tlalu mudah rapat dgn seseorg dan meletakkan kepercayaan yg tinggi kpd mereka. dan bila masa kita kenal siapa mereka sebenar, kita tidak percaya yg kwn kt mcm tu. jd mula la kita berasa tidak selesa. dan ketidakselesaan inilah yg menyebabkan hubungn persahabatan yg terjalin tidak seperti dulu. pengajarannya disini, jgn mudah meletakkan kepercayaan kpd sesiapa, jgn mengharapkan yg tbaik dalam sesuatu perhubungan melainkann anda btul2 berkomited terhadap perhubungan itu, dan anda ikhlas tanpa mengharapkan balasan drpd pihak yg satu lg. kemuskyilan ini muncul apabila salah seorg teman aku mmg mcm ni. jd aku pun tak berani nak komen apa2. biar je la dia bahagia. tp kalau tak ditegur smpai bila pun, dia akan mcm tu. nak tegur pun tak berani jugak...sbb aku ni sape la nak tegur dia??? sendiri mau sedar la kan???

Saturday, August 22, 2009

wArNa..

sape ckp warna tu tak cantik???
aku sngat suka warna hitam!!!!
biru, merah dan hitam adalah warna kegemaran aku!!!!

Friday, August 21, 2009

pose..

rjin ker korg bce blog aku???hahaha
hrmmm ari ni ari ptama pose bg kwn2 yg bragama islam.
sy ucapkn slamat bpose..hihi
aku ni nak pose jugak..bnyk org ckp aku ni mkin comel..
nnti nma dugong tu akan kekal jd hak milik aku plak..
nk tukar gelaran jd duyung la plak...
kdg2 tgoda la iman aku dpn kwn2 yg sdg bpose..
tp aku kena la hormat durg..1 malysia kan.
walau apa skali pon, mkn tu x penting.
yg penting aku terus hepi. siapa pun aku, ia akan ttp jd diri aku sendiri.
semoga apa yg diimpikan slama ni dpt dicapai..

pEniNg..

arghhhhhh!!!! pening sngat..
mlm ni sngt penat rasa..
xtau la sejak ari aku kena hujan ari tu,
aku selalu pening kpala..
huhu...esok klas pagi jam 8..
dah tu kena bkawat plak tu..
tensionnn!!!!!!!!!

kisah hari ini...(part 2)

hehe nak sambung balik cerita aku dulu. tp kali ni lebih berkisar cerita aku ari ni.
kes yg sama juga, aku tak dtg g kelas EDU ari ni. hehehe
aku mendapat penyakit "kemalasan" di saat2 akhir. tp dapat pnyakit lain plak iaitu penyakit "kerajinan" menghadiri mesyuarat baksis. (bdn kebajikan siswa siswi sbah)
pmula2 bendahari bentang laporan kewangan dan hal tu mmg sume org tau yg pmbentangn merupakan benda yang plaing membosankan dalam hidup. (jahatnya mulu)
pastu ada la dibuat pembubaran ajk lama ngn penyerahan sijil.
agenda pntg plak pas tu ngn perlantikan ajk baru. berdegup kencang ati c fadzil..hahaha
takut aku kna balun c fadzil sbb dia mau aku c calon nama dia tp aku x brani nak bdiri. wakakaka
bila pemilihan MT dah selesai (nsib baik c fadzil trgolong dlm tu juga)...
skrg giliran utk pemilihan exco plak.
aiseyyy memandai plak bah durg c alimuddin ni. suka2 jak ckp nama aku...
finally c armadi tulis nama ku sbg exco aduan,kebajikan dan kemasyarakatan baksis sesi 2009/2010. huh!! satu tanggungjawab yg besar. at least aku ble gak taburkan bakti utk anak2 sabah ni..semoga ajk kali ni dpt melaksanakan keja2 d0rg demi kebajikan plajar2 sabah..

~the end~

Thursday, August 20, 2009

lirik aku pALing sukA...

bEngAng

aku bosan dengan cintamu
aku rasa buang masa
kau selalu mendustakan cintaku
aku fikir kau tak searuslebih baik ku beralih
biarkan diriku terus bersendiri
ku tak fikir engkau setia
walau jasad dan juga nyawa
sebagai tanda cintamu padaku katamu
tak mungkin ku percaya
kata-kata yang penuh dusta
hanyalah bibir berkata
yang memilukan
menambah benggang rasa hampa
kerungsingan diriku terasa
cukup berkali kau berkata
jangan diulang lagi dusta
jangan kau pujuk hati yang terluka
tak mungkin akan ku kembali
jika janji sekadar mimpi
tak mungkin ku sama dirimu yang sering berdusta
tak mungkin ku percaya
kata-kata yang penuh dusta
hanyalah bibir berkata
yang memilukan
menambah benggang rasa hampa
letih hatiku diserang pilu
letih hatiku teringat janjimu, ooh caramu
akan ku teruskan hidupku, oh tanpamu
tak mungkin ku percaya
kata-kata yang penuh dusta
hanyalah bibir berkata
yang memilukan
menambah benggan rasa hampa
kerungsingan diriku terasa
ooooo...

kisah hari ini...

rasa mcm nak menulis plak. baru bngun ni, ada la ilham nak tulis.
kepenatan sngat ari ni, study dr smlm utk test ari ni. baca banyak giler nota smlm tp soklan yg kluar tu 1 jer..huhu
aku7 bngun je td, ada plak msj dr kwn bgtau yg program biro ditangguhkan.
mula2 x percaya tp bila dah tanya kpd pihak yg sepatutnya, mmg betul la brita dr kwn ku tu. hrmmmm..nak buat mcm mana kan?? tp bkn tu yg aku nak tonjolkan dlm alkisah ari ni.
kalau la korg prasan..benda ni sudah terang lg bersuluh (chewwwaaaaahhh), banyak benda yg dirancang spanjang thn ni, bnyak yg kena postponed@tak jadi.
bnyk sngt bala @masalah yg timbul. bg aku la...spnjg thun ni, bnyak hal yang aku tgk, yg aku turut serta atau lebih tepat dr pengamatan aku la, xtau la mungkin perasaan aku je kot..
aku tak brani nak cakap apa yg aku rasa. cuma fikir2 kan la. kalau aku ckp mcm ni mgkin korg ble tau apa "head" yg aku nak ckp. apa2 pon, kita berserah je lah. ni bukan 'kerja' kita.
aku pon naik takut bila tgk semua ni. huhu banyak2 kan lah berdoa semoga kita terselamat dari bencana@kejadian yg tidak kita ingini.
bla.....bla.....bla...

Wednesday, August 19, 2009

hari aku rajin..

klakar la plak tajuk tu..sbb yg aku tau mmg aku ni pemalas sket.
hehe tp klu aku dh rajin, aku mmg jd rajin.
aku bngun awal konon ari ni. hik2x...
ada ujian la wei..uwaaaaaaaaaa
dah la susah (mmg la susah klu kat kelas aku tido jeee), hrmm..
ari ni xtau la aku jadi rajin ke x. tp ptg kang nk jumpa kakak plak,
ni yg aku tensen ni bila jd 'office girl'..surat dia sume gne alamat aku..
kalu aku minta caj ble ke??hahaha
ye la blik2 intefrem muka kat pjabat, malu gak aku.
1 bungkusan aku kenakan caj rm5, biar padan muka d0rg. yg tu xla melampau sngt ye, coz elaun d0rg ni dah dekat2 nak masuk. hehehe tu yg aku target nak minta duit ngan kakak ni.
jahat sungguh dpt adik mcm aku ni, tp nsib baik kakak aku ni spoting gilerrr..
jgn puji dia terang2..nnti dia akan jd belon d udara. hahaha
tu je la aku nak ckp sal hari aku rajin (rajin minta duit sbnarnya tp xnak letak tajuk besar mcm tu, malu....)..hehe ^_^

aku teringat plak..

dulu, time2 cuti sem, ada aku bt ros. korg jgn ingt buat bunga tu plak ye.
ros yg aku mksudkan di sini adalah rncangn orientasi sekolah. sbenarnya kmi budak2 sem 2 tak dibenarkan bt lagi, memandngkn ke"sengal"an kmi, akhirnya kami dpt meloloskn diri juga kat bhgn akademik. hehhe mula2 dpt tau buat ros, gembira sakan la. sekali nampak betapa bnyk nya laporan yg kena amik, aku pon jd menyesal amik awal2. hehehe
aku ttp teruskan perjuangan aku bt ros. xpa la. lgpun aku bt d tpt sendiri, sekolah lama aku dulu.
hepi rasa bila jumpa guru2 yg ajar aku dulu. pastu aku balik sbah 17 mei (pdhal mula bt ros 18 mei)..nsib baik 'dady' (gelaran kpd ayah tercinta huhu) spoting. dia amik aku kat airport. dahlah flight tu ptg jam 5, smpai kat airport kk pun agak2 la. jam 9 beb. tp nsib baik trus blik kg. dah mlm kan, jd kena la bawak kreta plahan2. jd perjalanan yg balik kg amik masa 3 jam, biasanya sejam je. huhu besoknya, aku gagahkan kaki ke sekolah juga, tp bukan la aku jln kaki. naik la keta coz dihantar. first day tu, best je rasa bila dpt kembali semula ke sekolah asal. tp bkn sbg student la. pdahal aku ingin skali kmbali sbg plajar..apakan daya, umur aku x ble balik semula jd muda.

makin lama, aku dh rasa keboringan di sekolah tu. guru-guru aku yg dulu,buli aku. d0rg suh aku jaga kelas exam!!!! kalu ganti sehari je, xpe. ni tiap ari ada je batang hidung ckg2 muncul depan meja aku..nak minta tlg ganti kelas jaga exam. huaaaaaaaaaaa...
nasib baik sekolah tu ada wireless...(dulu2 zaman aku skolah kat sna, xde pon)
jd sementara tggu studnt jwb exam tu, aku ni apa lg duk lah melayan internet. hahaha
pastu masuk mggu kedua, ari2 kena suh stay kat bilik pend.khas. pastu ada sorg student ni nama dia po*** dia suka sngt kat haku...ari2 dtg g tpt aku. xpe la. dah org suka nak bt mcm mna kan. aku pon layan secara sama rata sume plajar pend.khas seramai 16 org tu. tp ada sorg budak tu..mmg aku xnak lyn baik2. sbb dia tu plajar hiperaktif. mulut x ble nak kawal. malas aku nak layan budak tu bila dia mula bercakap.
tp skrg aku mula rindu ngn dorg suma...huhuhuni la antara muka2 ckg aku dulu. yg kanan skali gna naju htm tu, ckg joe dia jd editor masa aku jd ajk sidang redaksi sekolah..yg kedua tu ku lupa dh nma dia.
yg sebelah dia plak..mckg kesayangan kmi sume..ckg ben (nama glamer yg kmi bg) pastu ckgedwin yg ajar seni. yg gune topi tu ckg roger...ajar geografi tym form 3, pastu ckg larry yg ajar kh tym form 3 jg. yg last skali..cikgu rajuddin yg ajar aku bjinak2 ngan bola baling. hehehe..
k la dh hbis crita aku...tima kasi krna membaca..

hAri2 aku mCm ni..

hrmm..apa korg rasa??
minggu lepas aku x p klas ari slasa.
minggu ni plak aku x dtg klas ari rabu.
tiap minggu ader je klas yang aku pontneg. tp klas utk ari rabu ni, aku pontng bkn sbb apa. aku demam n pening kepala. ye la smlm balik dr kelas aku kena hujan le.
apeda..tp bkn tu yg jd persoalan..
sejak kebelakangn ni, kalu aku xde la keja la kan..aku slalu bkurung dlm bilik. tp aku xtau apa yang aku buat. nak ckp bt assgmnt, x juga coz assgmnt masih bertimbun. hahaha
nak ckp tido, x juga. ari2 aku mengadap laptop (sbb tu la mata aku ni makin bermasalah hehehe)..
ntah la. mgkn aku tengok jer roomate aku bt keja kot.
hahaha dah dekat minggu ke-8, ada plak assmngt nak kena hantar.
ni yg aku mls ni. asal msuk je minggu ke-6 kuliah, mmg aku dh mula stress. jd akan bermula la juga stress ngan kwn2..
jd kalu ada yg trasa tym ni, aku minta maaf la. semula jadi. ehehe
skrg ni aku dlm proses menyiapkan cerpen aku. nak siapkn sbelum mggu ke-7 coz nak siapkn awl2.
nnti mengamuk plak 'nenek' tu. hehehe dh pnjg lebar aku bcakap. semoga aku dpt mnyiapkan semua tugas + assgmnt + kerja + tanggunjawab = pelajar dengan sempurna@ kalu x sempurna, asalkan baik di mata org dan aku berpuas ati la. hehehe

Tuesday, August 18, 2009

aku kembali..

setelah menyepikan diri selama 2 minggu, aku berfikir semula sama ada nk buat smula atau x blog aku. huhuhu rugi plak raa. sbb aku ni jenis yang banyak ckp. smpai kwn2 pon tak terlayan aku punya crita. aku pon malas dah kalu kwn2 xsuka aku bnayk ckp. jd blog ni la kawan aku skrg. hehehe. pa pon suma ni sbg pemulaan. jadi kalu ada kekurangan, harap dimaafkan. wakakak