BLOGGER TEMPLATES AND Tagged Layouts »

Wednesday, September 9, 2009

asas nyanyian

Nyanyian merujuk kepada aktiviti membunyikan suara dalam bentuk tertentu yang bertujuan menghasilkan nada dan melodi yang disenangi. Ia merupakan salah satu aktiviti manusia yang bertujuan untuk mengembirakan hati. Nyanyian boleh dilakukan dengan bantuan alat muzik atau hanya dengan secara bertepuk tangan dan sebagainya. Nyanyian memerlukan daya kreativiti manusia dan dianggap sebagai salah satu cabang seni. Mereka yang menyanyi digelar penyanyi.
postur adalah kedudukan badan semasa menjalankan sesuatu aktiviti muzik, contohnya menyanyi, bermain rekoder atau bermain piano. Tidak kira sama ada secara duduk atau berdiri, kedudukan postur tubuh hendaklah betul semasa menyanyi. ini membolehkan pengaliran udara masuk dan keluar berlaku dengan selesa. postur yang baik juga membolehkan seseorang kelihatan segak, kemas dan nampak bersedia serta mengelakkan cepat letih semasa menyanyi.

pening ke baca???hehehehe ni adalah sedikit 'sedutan' assignment aku untuk kelas muzik. kena hurai plak tu. uishhh "TONG HUA" lagu tu aku ada suruh kawan mainkan tadi. guna piano je. sedap sangat lagu tu..dah lewat ni. nak tido la. jumpa lagi kemudian.